BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah dan Yang Mulia Dayang Nur Akmalia binti Leftenan Kolonel (B) Awang Iskandar.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di kediaman pengantin di Baitun Na’aim, Jerudong dijunjung oleh ibunda dan ayahanda pengantin lelaki, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)