Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke majlis puja usia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat ke Majlis Meraikan Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong.

    Majlis tersebut disembahkan oleh Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu.

    Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah.

    Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Pengerusi I Kumpulan, Yang Dimuliakan Seri Laila Pengiring Diraja Datin Seri Utama Hajah Rosnah binti Abdullah dan Pengerusi II Kumpulan, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad dan isteri-isteri Menteri-menteri Kabinet.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan memotong kek sempena Majlis Meraikan Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong. Berangkat sama ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah serta kerabat diraja. – Gambar oleh Muiz Matdani.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam ketika berkenan dijunjung bergambar ramai semasa majlis tersebut.
    Baginda Raja Isteri, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah semasa berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – Gambar oleh Infofoto
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah semasa majlis tersebut. Turut berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
    Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima pesambah sejambak bunga.
    Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima pesambah. Turut berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.

    Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung untuk bagi mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli kumpulan di ruang lain Royal Berkshire Hall.

    Di majlis berkenaan, Datin Paduka Hajah Jahrah menyampaikan sembah alu-aluan mengenai perkembangan kumpulan sepanjang tahun 2019 yang menurutnya telah pun menghulurkan sumbangan kebajikan bagi meringankan beban golongan tertentu dalam dan luar negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya selain mengadakan aktiviti keagamaan.

    Manakala dalam usaha mendekati masyarakat, kumpulan ini juga telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid Kampung Menunggol dan telah menyampaikan sedikit peralatan yang diperlukan oleh pelajar di sana.

    Pada majlis itu, Baginda Raja Isteri berkenan memotong kek Hari Puja Usia seterusnya menerima pesambah daripada ahli-ahli kumpulan tersebut.

    Majlis Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli kumpulan.

    Turut disembahkan ialah lagu Selamat Puja Usia, yang digubah khas bagi meraikan Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri.

    Sebelum meninggalkan majlis, Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah dan disembah kenalkan kepada ahli-ahli kumpulan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda