Oleh Sim Y. H.
KUALA BELAIT, 30 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Belait yang berlangsung di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.
Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dimainkan.
Daerah Belait diberikan penghormatan sebagai daerah terakhir dan penutup tirai bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Ke-78 tahun.
Bagi memeriahkan dan menyemarakkan sambutan sempena keberangkatan Baginda Sultan, acara pagi diserikan dengan sebuah persembahan khas dengan konsep, Raja Berdaulat Lagi Terhormat dan dipersembahkan oleh gabungan pelajar sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta serta belia seramai lebih 300 orang.
Ikuti berita lanjut dalam akhbar Media Permata keluaran Rabu, 31 Julai.