Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra PPDB

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra anjuran Polis Wanita PPDB yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dijunjung oleh Penolong Pesuruhjaya Polis, Dayang Masni binti Haji Jamil selaku penasihat majlis dan ahli-ahli jawatankuasa berkenaan.

    Majlis tersebut merupakan suatu penghargaan kehadapan majlis YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna selaku Komandan Polis Wanita.

    Seramai 250 orang anggota polis wanita termasuk pegawai, jemputan-jemputan khas dan anggota pangkat rendah menghadiri majlis berkenaan yang terdiri daripada pelbagai jabatan, formasi dan daerah polis seluruh negara.

    Keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong dijunjung oleh Dayang Masni. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan dijunjung bergambar ramai di Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong. – GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda