Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Temburong

    Oleh Sim Y. H

    BANGAR, 25 JULAI – Penduduk Daerah Temburong tidak melepaskan peluang untuk menjunjung keberangkatan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang telah berkenan berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Mukim Bangar, Daerah Temburong, hari ini.

    KDYMM Baginda Sultan berkenan bertemu dengan para peserta yang membuat persembahan.

    Berangkat bersama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (kanan), DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik (tengah) dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen juga berkenan menghadiri majlis berkenaan.

    Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Daerah Temburong adalah yang kedua selepas Daerah Tutong, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Ke-78 bagi majlis junjung ziarah bersama-sama rakyat.

    KDYMM Baginda Sultan berkenan melawat salah satu pameran yang diadakan dalam majlis berkenaan.

    Baginda Sultan berserta Kerabat Diraja dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan dimainkan dan kemudiannya dijunjung untuk menyaksikan Persembahan Khas  daripada belia remaja dan kanak-kanak seramai 421 orang dari  Daerah Temburong.

    KDYMM Baginda Sultan berkenan beramah mesra dengan sebahagian daripada pengunjung majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Majlis KDYMM Baginda Sultan juga berkenan menyaksikan penyertaan dan kehadiran pelbagai persatuan dan kumpulan yang sama-sama memeriahkan lagi majlis junjung ziarah berkenaan. Sememangya majlis tersebut merupakan salah satu acara yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk daerah berkenaan sebagai peluang untuk beramah-mesra dengan raja dan pemimpin yang amat dikasihi.

    Ikuti berita lanjut di akhbar media permata keluaran 26 Julai.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda