Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke majlis santap G20

    Gambar Infofoto

    ROM, 31 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam bagi para pemimpin dan rakan kongsi G20 yang dihoskan oleh Presiden Republik Itali, Tuan Yang Terutama Sergio Mattarella.

    Majlis santap berlangsung di Palazzo del Quirinale adalah untuk mengalu-alukan kehadiran para pemimpin negara-negara ahli G20, para tetamu kerajaan Itali selaku presiden G20 tahun ini dan organisasi-organisasi antarabangsa ke Sidang Kemuncak G20.

    Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama His Royal Highness Prince Charles, Prince of Wales pada majlis santap malam di Palazzo del Quirinale.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden pada majlis santap malam berkenaan.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bergambar bersama TYT Sergio Mattarella semasa Majlis Santap Malam bersama para pemimpin dan rakan kongsi G20 yang berlangsung di Palazzo del Quirinale.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda