Monday, August 26, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Santap Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-78 Tahun di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berserta kerabat diraja lain.

    Antara tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah binti Mohammad Sanusi; Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk RM Jasni; Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat dan isteri, Chang Hwee Nee; Premier Sarawak, Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani binti Tun Tuanku Haji Bujang.

    Tetamu khas lain termasuk His Royal Highness Prince Faisal bin Saud bin Abdul Mohsin Al-Saud iaitu wakil kepada His Royal Highness Prince Saud bin Abdul Mohsin Al-Saud; Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan isteri, Datin Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud; mantan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Purnawan Dato Paduka Seri Muhammad Andika Perkasa dan Datin Diah Erwiany Perkasa.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis Persantapan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan, turut dimeriahkan dengan persembahan silat Cakak Asli Brunei dan Kuntau daripada peserta badan-badan perguruan silat di bawah Persatuan Silat Negara Brunei Darussalam.

    Turut menyerikan Majlis Persantapan berkenaan ialah persembahan orkestra daripada gabungan Radio Televisyen Brunei (RTB) serta pemuzik terlatih dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Brunei Youth Symphony, belia serta penggiat seni muzik.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-78 di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-78 Tahun. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja pada Majlis Persantapan di Istana Nurul Iman, malam tadi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis itu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’Ishah Putri, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, YAM Pengiran Muda Omar Ali dan YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut, 4 hilang dalam tanah runtuh Nepal

    KATHMANDU, 25 OGOS – Tiga rumah hanyut akibat tanah runtuh di tengah Nepal awal pagi hari ini, menyebabkan enam orang maut dan empat lagi...