Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Gala

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT –  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Gala kelmarin.

    Majlis yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao selaku Pengerusi ASEAN dan isteri, Madame Vandara Siphandone itu adalah bagi meraikan kehadiran Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN dan Republik Demokratik Timor-Leste, Pemimpin-pemimpin Negara Rakan Dialog, dan tetamu-tetamu khas yang menghadiri Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 serta Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus keberangkatan tiba di National Convention Centre (NCC), Vientiane, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao dan isteri.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis berkenaan dan dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone dan isteri, Madame Vandara Siphandone. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Majlis berkenaan juga diserikan dengan persembahan kebudayaan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda