KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 27 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berangkat ke Majlis Santap Malam Gala bagi meraikan kehadiran ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN dan Republik Demokratik Timor-Leste, para pemimpin dan tetamu-tetamu khas yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan.
Majlis dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Kuala Lumpur dijunjung oleh TYT Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2025, dan isteri.
Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.