Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat tiba Kuala Lumpur, Malaysia hari ini bagi mengadakan Keberangkatan Negara dan menghadiri Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan ke-24 yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos.

    Mengiringi keberangkatan Baginda berdua ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Pangkalan Udara Subang dijunjung oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd
    Mua’adzam; Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Ismail; Menteri Luar Negeri Malaysia, Tuan Yang Terutama Senator Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Yang Terutama Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar selaku Menteri Pengiring dan isteri; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah serta isteri.

    Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato’ Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin dan isteri.

    Terdahulu, berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah kerabat diraja.

    Turut berangkat dan hadir sama ialah pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri, pesuruhjaya polis, pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam berserta pasangan masing-masing.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak Januari 1984, yang mana kedua-dua negara menikmati hubungan kerjasama dua hala yang erat dan mesra dalam pelbagai bidang berkepentingan antaranya pelaburan pertahanan dan sebagainya.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha melintasi barisan kehormatan sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang bagi Keberangkatan Negara dan menghadiri Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan ke-24 di Kuala Lumpur, Malaysia. Keberangkatan Baginda berdua dijunjung oleh YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam, Perdana Menteri Malaysia, TYT Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Ismail. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda