Thursday, May 15, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Sambutan Hari Belia Kebangsaan

    Oleh Sim Y. H., Siti Nur Wasimah S. & Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Baginda Sultan berserta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan dalam sembah alu-aluannya menyatakan bahawa tema sambutan, ‘Belia Pemacu Brunei Maju’ menyaksikan langkah-langkah yang diambil adalah ke arah mencapai Brunei Maju.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama calon-calon penerima anugerah.
    KDYMM berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bergambar ramai bersama peserta-peserta yang mengikuti Pameran Hari Belia Kebangsaan ke-13.
    Baginda Sultan ketika berkenan dijunjung menyaksikan Pameran Hari Belia Kebangsaan.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah.
    DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan dijunjung bergambar ramai.

    “Brunei Maju, sudah tentu bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal dan perkembangan ekonomi semata-mata tetapi juga maju dari segi cara berfikir dan mempunyai mentaliti kelas pertama dan pada masa yang sama, dapat menjaga peradaban dan spiritual bersandarkan kepada falsafah Melayu Islam Beraja.

    “Ke arah ini, belia memainkan peranan yang amat kritikal, kepada merekalah disandarkan harapan untuk memacukan negara ke arah kemajuan,” jelas Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan.

    Beliau juga menyeru para belia untuk memberikan nafas baharu kepada segala usaha pembangunan dalam negara dan Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2018 menekankan pentingnya untuk memupuk ekosistem yang menggalakkan dan menyokong para usahawan belia secara berterusan.

    “Pada masa yang sama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian bersama-sama pihak berkepentingan telah berganding bahu untuk mengadakan pameran khusus mengenai pemupukan ekosistem ini dan juga, acara perkongsian ilmu melalui pleno yang akan berlangsung selama dua hari untuk berkongsi amalan terbaik dan efektif.

    “Demi memastikan impak daripada sambutan ini berterusan, satu tadbir urus strategi keusahawanan belia telah pun diwujudkan bagi memastikan segala strategi dan inisiatif yang diambil akan memberikan kesan yang berpanjangan bagi para belia untuk bertapak dalam alam keusahawanan,” tambahnya.

    Majlis seterusnya menyaksikan Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah. Pada majlis itu, Ikrar Belia telah dibacakan oleh barisan kumpulan belia yang diketuai oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait dan Pengasas Bersama serta Penasihat Projek Bina Ukhwah, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Majlis disusuli dengan tayangan video terbitan kumpulan belia kreatif yang memaparkan beberapa usahawan belia yang telah mencapai kecemerlangan serta mereka yang mempelopori industri baru untuk berkongsi pengalaman supaya sentiasa berusaha dan tidak putus asa mengejar kejayaan terutama dalam bidang keusahawanan.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh 34 orang belia daripada gabungan persatuan belia dan orang kelainan upaya.

    Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar ketika memimpin bacaan Ikrar Belia.
    Antara persembahan pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13.
    Antara belia yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13.

    Acara kemuncak sambutan ialah penyampaian Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2018 dalam empat kategori yang berkenan disempurnakan oleh Baginda Sultan.

    Anugerah Belia Cemerlang disampaikan kepada Haji Syed Mohammad Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah; Anugerah Belia Berkhidmat disampaikan kepada Dayang Nurul Hadina binti Haji Alias; Anugerah Pemimpin Muda Belia disampaikan kepada Awangku Abdul Azim bin Pengiran Yusof dari KKBT Biro Pendidikan Pusat Belia BSB (Teachmeguru) dan Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia disampaikan kepada Program Belia Sayang oleh Teachmeguru dan Kelab Komuniti Belia Transformasi.

    Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian berkenan dijunjung berangkat ke Perhimpunan Ramah Mesra Belia di Dewan Persidangan Utama yang bertemakan ‘Kejayaan’.

    Perhimpunan itu mengetengahkan belia yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk mereka yang memberikan impak kepada masyarakat, telah mengharumkan nama negara dan menerima mana-mana anugerah di luar negara yang diiktiraf.

    Selaras dengan tema dan konsep sambutan, perhimpunan pagi tadi mempamerkan dua komponen utama iaitu Pameran Usahawan dan Kepimpinan dan Pameran Ekosistem Keusahawanan.

    Kesinambungan daripada perhimpunan tersebut, satu Pleno Usahawan Belia juga diadakan dan dibukakan kepada orang ramai hingga 2 Ogos pada sebelah pagi sahaja.

    Baginda Sultan seterusnya dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan dan berkenan menerima pesambah daripada Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13.

    Selain sebagai aset negara, golongan belia juga merupakan jentera utama dalam menggerakkan dan menentukan hala tuju negara dan merupakan elemen penting dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Dengan tema ‘Belia Pemacu Brunei Maju’, Hari Belia Kebangsaan tahun ini dilihat sebagai sebuah amanah kepada golongan belia supaya terus proaktif merancang dan memperlengkap diri dari segi ilmu.

    Selain itu, mereka juga perlu melengkapkan diri dari segi kemahiran, mengembang personaliti tinggi, karisma dan memiliki daya tahan yang jitu untuk memajukan negara supaya impian seorang raja untuk melihat belia dan negaranya maju akan terlaksana.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/