Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Vientiane

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berangkat ke Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Laos bagi menghadiri Sidang-sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah kerabat diraja.

    Hadir sama bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah Yang Amat Mulia pengiran-pengiran cheteria; menteri-menteri kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; timbalan-timbalan menteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Sementara itu, keberangkatan tiba Baginda Sultan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane dijunjung oleh Menteri Tenaga dan Perlombongan, Laos, Tuan Yang Terutama Phoxay Xayasone.

    Juga hadir menjunjung keberangkatan tiba Baginda Sultan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Laos, TYT Haji Roslan bin Haji Yacub.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Laos bagi menghadiri Sidang-sidang Kemuncak ASEAN
    yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta paduka-paduka anakanda berkenan menadah tangan berdoa sebelum berangkat ke hangar penerbangan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Vientiane. Turut mengiringi ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda