Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat meninggalkan Malaysia

    ARAU, PERLIS, 18 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Malaysia hari ini selepas menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Negeri Perlis yang telah berlangsung kelmarin di Istana Arau, Perlis.

    Berangkat bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra; Tengku Syarif Bendahara Perlis, Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Badaruddin; Menteri Besar Perlis, Tuan Yang Terutama Haji Mohd Shukri bin Ramli; dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Yang Terutama Muhammad Azmir bin Azizan selaku Menteri Pengiring.

    Juga hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin.

    Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Perlis, Tuan Yang Terutama Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berangkat meninggalkan Malaysia selepas menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin yang berlangsung di Istana Arau, Perlis, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menadah tangan semasa doa dibacakan sebelum berangkat meninggalkan Malaysia. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Anjing hitam