Oleh Sim Y. H.
KUALA BELAIT, 26 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, berkenan berangkat menyaksikan Demonstrasi Peperangan Hutan di bawah Simposium Peperangan Hutan Serantau (RJWS) 2024 yang berlangsung di Empangan Kargu, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Daerah Belait.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Tapak Pendaratan Empangan Kargu dengan menaiki pesawat helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.