Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat saksi Demonstrasi Peperangan Hutan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BELAIT, 26 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, berkenan berangkat menyaksikan Demonstrasi Peperangan Hutan di bawah Simposium Peperangan Hutan Serantau (RJWS) 2024 yang berlangsung di Empangan Kargu, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Daerah Belait.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Tapak Pendaratan Empangan Kargu dengan menaiki pesawat helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie.

    Sejurus keberangkatan tiba, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mendengarkan sembah alu-aluan daripada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman.

    Seterusnya Duli Yang Teramat Mulia disembahkan taklimat pengenalan mengenai RJWS, Demonstrasi Peperangan Hutan dan Kemahiran Peperangan Hutan yang disembahkan oleh Ketua Staf TDDB, Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Bersama RJWS 2024.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan berangkat ke kawasan demonstrasi dengan menaiki kenderaan Light Tactical All-Terrain Vehicle (LT ATV) dan kemudiannya disembahkenalkan kepada para peserta RJWS sebelum dijunjung beredar ke pentas khas untuk menyaksikan Demonstrasi Peperangan Hutan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta Kemahiran Peperangan Hutan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menyaksikan Demonstrasi Peperangan Hutan di bawah RJWS 2024 yang berlangsung di Empangan Kargu, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Daerah Belait. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan meninjau Pameran Statik Keupayaan Peperangan Hutan dan Pameran Ikhtiar Hidup. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima pesambah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Demonstrasi Peperangan Hutan di bawah Simposium Peperangan Hutan Serantau (RJWS) 2024 telah diadakan di Empangan Kargu, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Daerah Belait. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH : Anggota ABDB yang menyertai demonstrasi peperangan hutan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima pesambah berupa sebuah Underwater Scooter pada penghujung demonstrasi yang disembahkan oleh Pemerintah ABDB, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama peserta-peserta demonstrasi.

    Duli Yang Teramat Mulia turut berkenan meninjau Pameran Statik Keupayaan Peperangan Hutan dan Pameran Ikhtiar Hidup, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

    Duli Yang Teramat Mulia juga seterusnya berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta Kemahiran Peperangan Hutan dan kemudian dijunjung beredar ke ruang santap bagi menyaksikan Sail Pass yang merangkumi 84 peserta dan 19 aset TDDB dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima pesambah daripada Pengerusi Bersama RJWS 2024 iaitu Ketua Staf TDDB dan Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Kapten Jonathan Caple, Royal Navy.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar.

    Sebelum berangkat meninggalkan kawasan demonstrasi, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan keberangkatan.

    RJWS 2024 merupakan simposium kali ke-4, yang sebelum ini telah dilaksanakan bersama oleh Institut Latihan ABDB dan Angkatan Tentera British Brunei bermula dari 2017 hingga 2019.

    Pada tahun ini, TDDB buat julung kalinya mempengerusikan simposium berkenaan bersama Angkatan Tentera British Brunei yang bertemakan Enhancing Survivability Through Training and Technology dan melibatkan 17 buah negara dan 289 peserta.

    Simposium itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau serta memperluas usaha dalam pembangunan kapasiti peperangan hutan, perkongsian maklumat serta penyelidikan dan perkembangan di peringkat operasi dan taktikal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda