Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat saksikan acara lawan pedang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Lawan Pedang yang berlangsung di Boulevard 01C semasa 6th Islamic Solidarity Games 2025, Riyadh Arab Saudi kelmarin.

    Pertandingan berkenaan melibatkan atlet negara iaitu Awang Muhammad Haziq bin Asahrin dalam acara Men’s Individual Sabre.

    Keberangkatan DYTM Pengiran Bendahara telah dijunjung oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid.

    Kategori Men’s Individual Sabre telah disertai oleh 22 atlet dari 12 buah negara iaitu Algeria, Arab Saudi, Azebaijan, Indonesia, Iran, Kuwait, Niger, Pakistan, Tunisia, Turkiye, Uzbekistan dan Negara Brunei Darussalam.

    Dalam pusingan awal, para atlet telah dibahagikan kepada empat pool dengan Awang Mohammad Haziq menentang atlet dari Iran, Esmaeilzadeh Pakdaman Seyed Ali di pool 2, dalam pusingan pertama.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah telah dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menyaksikan Mohammad Haziq bin Asahrin sedang bertanding diiringi Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata motivasi kepada Awang Mohammad Haziq.
    Anara aksi Awang Mohammad Haziq (kanan) ketika melawan Esmaeilzadeh Pakdaman Seyed Ali dari Iran di pool 2.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar bersama Mohammad Haziq dan jurulatih. – Gambar-gambar serahan Urus setia Kontinjen NBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda