BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, berkenan berangkat menyaksikan Eksesais SUNDA PATROL 2023 bertempat di Kawasan Latihan B, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Kuala Belait.
Sejurus keberangkatan tiba di Empangan Kargu, Duli Yang Teramat Mulia telah disembahkan taklimat mengenai Eksesais SUNDA PATROL 2023 dan Latihan secara langsung (live drill) menyusuri sungai yang disembahkan oleh Pegawai Memerintah Kompeni Bantu, Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR), Mejar Som Thulung, dan seterusnya berkenan menyaksikan latihan secara langsung menyusuri sungai.
Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan berangkat menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan darat ke Jungle Base Camp.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.