Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat tiba di Jordan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Infofoto

    AMMAN, JORDAN, 1 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semalam berangkat tiba di Amman, kerajaan Hasyimiah Jordan untuk menghadiri Istiadat Perkahwinan Diraja bagi anakanda kepada Raja Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al Hussein, Putera Mahkota Jordan iaitu His Royal Highness Prince Al Hussein dengan Rajwa Khalid Alseif.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Royal Pavilion, Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman dijunjung oleh Minister of Tourism and Antiquities, Tuan Yang Terutama Makram Mustafa Al-Queisi; dan Mayor of Amman, Tuan Yang Terutama Dr Yousef Al-Shawarbeh.

    Juga hadir bagi menjun-jung keberangkatan tiba Baginda Sultan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Hasyimiah Jordan, Tuan Yang Terutama Haji Mahadi bin Haji Maidin.

    Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan akan berlangsung pada hari ini.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dijunjung oleh TYT Makram Mustafa Al-Queisi. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat tiba di tempat persemayaman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda