Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan dilantik semula Ahli Lembaga Eksekutif Kehormat OCA

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC), telah dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kehormat Majlis Olimpik Asia (OCA) semalam.

    Pelantikan itu berlangsung selepas Mesyuarat Agung Tahunan OCA ke-44 yang diadakan di Bharat Mandapam, Pragati Maidan, New Delhi yang juga dihadiri oleh pemimpin sukan dari 45 negara di Asia.

    Turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kehormat adalah Jeneral Mowaffak Jooma, Jeneral Souhail Khoury, Kyung Sung Yu, Rita Subowo dan Sheikh Hayat Al Khalifa.

    Raja Randhir Singh telah dilantik sebagai presiden pertama dari India untuk OCA. Beliau dipilih secara sebulat suara oleh wakil-wakil OCA bagi jawatan tertinggi selepas muncul sebagai calon tunggal yang bertanding bagi jawatan tersebut awal tahun ini.

    Sementara itu, naib presiden yang dipilih adalah His Royal Highness Prince Jigyel Ugyen Wangchuck dari Bhutan; Timothy Fok dari Hong Kong; Tan Sri Mohammad Narza Zakaria dari Malaysia; Dr Than Al-Kuwari dari Qatar; dan Otabek Umarov dari Uzbekistan.

    OCA merupakan badan induk sukan di Asia dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Mesyuarat agung merupakan badan membuat keputusan tertinggi OCA, yang mengumpulkan ketua-ketua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Asia untuk membuat keputusan penting mengenai sukan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan bergambar bersama Raja Randhir Singh. – GAMBAR SERAHAN OCA
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa berkenan diperkenalkan kepada Presiden Parti Bharatiya Janata, TYT Jagat Prakash Nadda, selaku Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga dan Menteri Kimia dan Baja India. – GAMBAR SERAHAN OCA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda