Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hadiri Majlis LKYEF di Singapura

    SINGAPURA, 11 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat menghadiri Majlis Lee Kuan Yew Exchange Fellowship (LKYEF); dan Majlis Santap Malam yang dijamukan oleh Pengerusi LKYEF, Lee Tzu Yang di Hotel Shangrila, Singapura.

    Duli Yang Teramat Mulia berada di Singapura bermula hari ini hingga 14 September sebagai LKYEF.

    Majlis bermula dengan perjumpaan bersama Lee Tzu Yang sebelum berkenan menghadiri Majlis Santap Malam di mana Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pingat dan plak LKYEF yang disembahkan oleh Pengerusi LKYEF.

    LKYEF ditubuhkan pada 1991 yang mengiktiraf individu-individu berdasarkan prestasi cemerlang dan potensi yang luar biasa serta telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negara masing-masing.

    Program pertukaran ini mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima medalion dan plak semasa menghadiri Majlis Lee Kuan Yew Exchange Fellowship (LKYEF) di Hotel Shangri-la, Singapura, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan mengadakan perjumpaan bersama Lee Tzu Yang. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda