Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hadiri majlis santap malam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan berangkat bersama ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN dan Republik Demokratik Timor-Leste bagi menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida dan isteri, Yuko Kishida, di Geihinkan (State Guest House, Akasaka Palace), Tokyo.
     
    Berangkat mengiringi Baginda Sultan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
     
    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dialu-alukan oleh TYT Fumio Kishida dan isteri.
     
    Majlis Santap Malam yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Komemoratif bagi Memperingati Ulang Tahun ke-50 Hubungan Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TYT Fumio Kishida.
     
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan bergambar ramai bersama TYT Fumio Kishida dan isteri. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda