LIMA, REPUBLIK PERU, 17 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru- baru ini berkenan menghadiri Majlis Santap Malam Gala APEC Economic Leaders, yang dihoskan oleh Presiden Republik Peru, Puan Yang Terutama Dina Ercilia Boluarte Zegarra yang juga selaku Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC ke-31.
Majlis berkenaan diadakan di Palacio de Gobierno (Istana Kerajaan), Lima, Peru.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Puan Yang Terutama Presiden Republik Peru. Majlis tersebut diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan.