Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hantar perutusan tahniah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama The Rights Honourable Chris Hipkins berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri New Zealand yang baharu.

    Secara berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama General The Honourable David John Hurley, Perdana Menteri Komanwel Australia, The Honourable Anthony Albanese dan kerajaan serta rakyat Australia bersempena Hari Australia.

    Baginda Sultan juga berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Puan Yang Terutama Droupadi Murmu, Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi dan kerajaan serta rakyat Republik India bersempena Hari Republik India ke-74.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda