Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke majlis kesyukuran HUT ABDB ke-62

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Bagi memberkati dan mensyukuri 62 tahun usia Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB telah diadakan secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, hari ini.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke majlis yang diadakan di Surau Ad-Difa’.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Ke-dua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-An’am bermula ayat 81 hingga ayat 83 yang dibacakan oleh Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin dari Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang telah mewakili ABDB dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-9 bagi Tentera Islam di Arab Saudi pada 2022.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-62 tahun yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Berangkat sama DYTM Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan sama-sama menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat bagi Majlis Santap.
    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menandatangani lembarang kenangan keberangkatan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta DYTM Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bagi bergambar ramai.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan bersama-sama menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Ad-Difa’, Awang Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh dan diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Tahlil.

    Doa Kesyukuran bagi memohon rahmat daripada Allah SWT agar anggota ABDB dikurniakan keazaman yang kuat serta semangat untuk berbakti dan berjihad dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir yang boleh menggugat akidah dan ketenteraman, khususnya dalam menjunjung segala titah perintah raja dengan menjauhi segala larangan Allah SWT, telah dibacakan oleh Pengarah JAMA’AT, ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

    Ini diikuti dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Awang Mohammad Khairol Azmi.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berangkat ke Mes Pegawai, Bolkiah Garison bagi Majlis Santap sebelum majlis berakhir.

    Bagi mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan dalam perkembangan dan peningkatan ABDB sehingga usianya mencapai 62 tahun, para mantan timbalan menteri pertahanan dan mantan-mantan pemerintah ABDB turut diundang ke majlis yang bersukut baik dan bermakna itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda