Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah telah berlangsung pagi tadi di Royal Berkshire, Tarindak D’ Polo, Jerudong.

    Berkenan berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku penasihat bersama jawatankuasa tertinggi; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku pengendali bersama; Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sejurus itu, Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja diiringi oleh Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohammad Noor selaku pengerusi bersama majlis; penasihat-penasihat bersama serta pengerusi-pengerusi bersama daripada pengendali-pengendali bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah dari KHEU, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), BIBD dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah, kelmarin. Berangkat sama, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1447 Hijrah, kelmarin. Berangkat sama, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh mahasiswi Tahun 1, Jurusan Usuluddien, Universiti Al-Azhar Mesir dan johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2024 dan 2025, Dayang Najla’ Sabreena binti Haji Abdul Rajid, diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Datin Hajah Umiyati.

    Dalam sembah alu-aluan, beliau menyembahkan bahawa Majlis Perhimpunan Khas Wanita bagi tahun 1447 Hijrah ini merupakan kali ke-32 sejak mula diadakan pada tahun 1416 Hijrah bersamaan 1995 Masihi.

    Majlis itu dilaksanakan setiap tahun oleh KHEU dengan kerjasama Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan agensi kerajaan secara bergilir. Pada tahun ini, agensi yang bekerjasama ialah MOFE, KKBS dan BIBD.

    Beliau turut menyembahkan bahawa setiap kali memperingati Maulud Nabi Muhammad SAW, ia bukan sahaja menyambut hari kelahiran Baginda, malah yang lebih utama menzahirkan rasa cinta, syukur dan penghargaan terhadap anugerah terbesar Allah SWT kepada umat manusia. Rasulullah SAW adalah rahmat kepada sekalian alam, contoh teladan terbaik serta pembawa cahaya petunjuk dan kebenaran.

    Tema sambutan pada tahun ini Rasulullah SAW Adalah Teladan Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah amat bertepatan dengan aspirasi wanita Islam dalam membina institusi keluarga berteraskan kasih sayang, ketenangan dan rahmat.

    Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dalam mendidik ahli keluarga, menyantuni isteri-isteri Baginda dengan penuh kelembutan serta membimbing anak-anak dengan hikmah dan kasih sayang.

    Majlis seterusnya diteruskan de-ngan persembahan Dikir Marhaban oleh pegawai dan kakitangan dari MOFE, KKBS, BIBD dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Widad binti Abdul Aziz dan bacaan selawat oleh pelajar-pelajar Sanah 5 dan 6 Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Pendidikan Ugama Kanan, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda