Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Maulud Nabi

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi 1445 Hijrah di Royal Berkshire Hall, Jerudong.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut menjunjung ialah Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar; dan pemangku timbalan setiausaha tetap di KHEU serta para penasihat bersama dan pengendali bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1445 Hijrah.

    Majlis telah diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Dr Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abdul Rahman, naib johan qariah pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan dikir oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD).

    Tazkirah khas bertajuk Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati disampaikan oleh Penolong Profesor di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Ummi Faizah binti Haji Abdul Rahman.

    Acara diteruskan dengan bacaan selawat oleh siswi ‘Aliyah Tertinggi Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dan Doa Selamat bagi memberkati majlis telah dibacakan oleh Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan kerabat diraja ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1445 Hijrah di Royal Berkshire Hall, Jerudong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat ke majlis perhimpunan itu. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara persembahan yang menyerikan majlis perhimpunan tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda