Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Resepsi Makan Malam bersama Legenda EPL

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan, selaku Pengerusi DPMM FC dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Makan Malam bersama Legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets; dan NaibPengerusi DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Haji Anak Abdul Rahim.

    Turut menjunjung keberangkatan ialah Pengerusi imagine Sdn Bhd, Dayang Noorsurainah binti Haji Tengah dan Pengarah Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Allen On.

    Pada majlis berkenaan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penaja acara tersebut.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta anakanda-anakanda berkenan bergambar ramai bersama pemain-pemain dari Legenda EPL dan DPMMFC pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung disembahkenalkan kepada pemain-pemain legenda EPL. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda