Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Berkenan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke Majlis Ibadah Korban Sunat dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja lain.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdua dijunjung oleh pengerusi-pengerusi bersama dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi majlis.

    Pada tahun ini, sebanyak 184 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan yang mana sebahagian daging ibadah korban sunat diagihkan kepada sejumlah 14,944 orang asnaf fakir dan miskin berserta tanggungan di seluruh negara.

    Sebelum majlis dimulakan, selawat dikumandangkan beramai-ramai oleh pegawai dan kakitangan serta guru-guru agama dari Jabatan Pengajian Islam, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, belia-belia masjid Jabatan Hal Ehwal Masjid dan penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh Haji Mohammad bin Ali selaku johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2020 dan 2024 Masihi.

    Sementara itu, tadabbur ayat disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Yusof bin Haji Abdul Majid.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudian berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas iaitu 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan, yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin dari seluruh daerah.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan). – Gambar oleh Muiz Matdani

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...