Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan ke Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan llal Hijrah 1445 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia

    Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa

    Tertinggi Sambutan Ilal Hijrah 1445; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang
    Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha;
    Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

    Selesai Doa Akhir Tahun dibacakan, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

    Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan bacaan Doa Awal Tahun 1445 Hijrah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim yang kemudian turut mengimamkan sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan membaca Doa Selamat bagi memohon berkat dan rahmat pada majlis yang berkebajikan berkenaan.

    Tema Sambutan llal Hijrah 1445 ialah ‘Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera’.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat Majlis Sambutan llal Hijrah 1445 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima junjung ziarah pada Majlis Sambutan llal Hijrah 1445 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja ke Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara yang hadir pada majlis penuh keberkatan berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...