Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Santap Petang

    REPUBLIK SINGAPURA, 8 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang yang dihoskan oleh Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, pada majlis yang berlangsung di Grand Hyatt Singapura.

    Turut hadir ialah isteri Tuan Yang Terutama, Ho Ching.

    Sebelum dilantik menjadi Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama merupakan Perdana Menteri Republik Singapura ke-3 dari Ogos 2004 hingga Mei 2024, yang mana Tuan Yang Terutama dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum ini telah lama bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, termasuk bekerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang yang dihoskan oleh TYT Lee Hsien Loong, di Grand Hyatt Singapura, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda