Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan kurnia agihan daging ibadah korban sunat

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Ibadah Korban Sunat dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdua dijunjung oleh penasihat-penasihat dan pengerusi bersama dan ahli-ahli jawatankuasa kerja majlis.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja.

    Sebelum majlis dimulakan, selawat dikumandangkan beramai-ramai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Pengajian Islam dan penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, naib johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa kali ke-59 Tahun 1438H/2017M di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Sementara tadabbur ayat disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudian berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan) yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin daripada seluruh daerah.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan mengurniakan daging ibadah korban sunat kepada para penerima. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menadah tangan memanjat doa sempena Majlis Ibadah Korban Sunat dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel. – Gambar oleh Infofoto
    ATAS & BAWAH: Turut berangkat ke Majlis Ibadah Korban Sunat dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    ATAS & BAWAH: Antara yang menerima daging korban sunat pada Majlis Ibadah Korban Sunat dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda