Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi, berkenan berangkat bagi menyempurnakan pengurniaan Anugerah Biasiswa ‘Sultan’s Scholar’ Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) kepada empat orang penerimanya di Istana Nurul Iman.
Turut berkenan berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Pada tahun ini, seramai tiga orang penuntut iaitu Awang Muhammad ‘Azim bin Abdul Hadi, Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah dan Teo Zhi Perng telah dianugerahkan Biasiswa ‘Sultan’s Scholar’ untuk meneruskan sesi pengajian 2017/2018 manakala seorang lagi, Dayang Nurul Syadirah binti Awang Sayang, dikurniakan anugerah biasiswa yang sama bagi meninggikan tahap pengajiannya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)