Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    36 terima bintang kebesaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 36 orang penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 Tahun pada majlis yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, petang hari ini.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Seramai 30 orang telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (PSB), manakala enam orang penerima telah dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (PUB).

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan pingat-pingat bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda