Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan kurniakan pingat acara olahraga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke venue pertandingan Sukan Olahraga dan seteruskan mengurniakan pingat kemenangan bagi acara olahraga 4x100m Wanita yang berlangsung di Stadium Prince Faisal Bin Fahad semasa 6th Islamic Solidarity Games 2025, Riyadh Arab Saudi kelmarin.

    Pada acara berkenaan, Pasukan Nigeria memenangi pingat emas dengan Pasukan Bahrain mendapat pingat perak dan Pasukan Gambia memenangi pingat gangsa.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke venue acara.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan mengurniakan pingat emas kepada pasukan Nigeria bagi acara 4 x 100m wanita.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama pemenang acara 4x100m wanita. – Gambar-gambar serahan Urus setia Kontinjen NBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda