BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, berkenan mengurniakan lencana pangkat mejar jeneral kepada Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan serta berkenan melantik beliau sebagai pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-12.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan lencana pangkat Mejar Jeneral kepada Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan serta melantik beliau sebagai pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-12. Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. – Gambar oleh Infofoto.