Thursday, June 8, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    Berkenan melawat Bandar Hangzhou

    HANGZHOU, CHINA, 11 SEPT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri hari ini, mengadakan lawatan ke Hengyi Group setelah berangkat tiba di Bandar Hangzhou, Wilayah Zhejiang pada malam kelmarin.

    Mengiringi Yang Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Semasa keberangkatan ke Hengyi Group, Yang Teramat Mulia disembahkan taklimat mengenai sejarah dan perkembangan syarikat tersebut semenjak penubuhannya. Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengerusi Hengyi Group, Qiu Jianlin.

    Pada lawatan itu, Yang Teramat Mulia turut disembahkan taklimat oleh para penuntut Negara Brunei Darussalam yang sedang menuntut di Universiti Zhejiang di bawah
    biasiswa Hengyi mengenai pengalaman kehidupan mereka di Hanghzou.

    Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat melawat tasik West Lake dan menyaksikan persembahan Hangzhou: A Living Poem, diikuti perjumpaan dengan Naib Pengerusi Standing Committee of Zhejiang Provincial People’s Congress, Li Weining.

    Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai peluang untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Zhejiang, khususnya dalam bidang ekonomi, pertanian, pendidikan, kebudayaan, dan pelancongan, dan kemudiannya berkenan berangkat ke majlis santap malam yang dihoskan oleh Li Weining.

    Sebelum berangkat meninggalkan Hangzhou, Yang Teramat Mulia berangkat melawat Muzium Teh Kebangsaan China, Southern Song Dynasty Guan Kiln Museum dan Hangzhou Wensli Group and Silk Culture Museum.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berkenan mengadakan perjumpaan bersama Naib Pengerusi Standing Committee of Zhejiang Provincial People’s Congress, Li Weining semasa mengadakan lawatan ke Bandar Hangzhou.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa berkenan mengadakan pertemuan bersama Qiu Jianlin.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan bergambar ramai bersama pelajar-pelajar Brunei dari Zhejiang University. Turut mengiringi keberangkatan ialah YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran
    Anak Haji Abdul Aziz.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -