Monday, September 2, 2024
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan mempengerusikan Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi mempengerusikan Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Penasihat Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik selaku Timbalan Pengerusi 1 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen selaku Timbalan Pengerusi 2 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah selaku Timbalan Pengerusi 3 Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

    Keberangkatan Baginda ke persidangan khas itu dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Penolong Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

    Persidangan khas dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat terdiri daripada Pengiran-pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan pehin-pehin manteri.

    Majlis Mesyuarat Adat Istiadat antara lain bertanggungjawab mengawasi perkembangan adat istiadat dari semasa ke semasa dan mengambil inisiatif yang bersesuaian dan memastikan pelaksanaan adat istiadat yang sempurna berdasarkan prinsip memelihara keaslian dan keutuhannya.

    Baginda Sultan berkenan mempengerusikan persidangan khas berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat di Bilik Mesyuarat West Wing, JPM, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH: Antara pembesar negara yang menghadiri Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Adat Istiadat. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda