Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi kelmarin, berkenan menerima mengadap Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat, Tuan Yang Terutama Dr Takeshi Kasai.

    Menyertai Tuan Yang Terutama ialah wakil WHO bagi Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru Jacqueline; Pengarah di Pejabat Pengarah Serantau WHO di Manila, Filipina, Dr Angela Pratt; dan wakil WHO di Manila, Dr Gundo Weiler.

    Juga hadir semasa majlis mengadap di Qashr Al-Meezaan berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda