Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Setiausaha Agung Komanwel, Puan Yang Terutama Patricia Scotland QC, Barones Scotland of Asthal di Istana Nurul Iman.

    Menyertai Puan Yang Terutama ialah Timbalan Ketua Pejabat Setiausaha Agung, Senyo Agbohlah.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap PYT Patricia Scotland di Istana Nurul Iman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda