Berkenan menerima mengadap

Oleh Sim Y.H.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap Duta Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, TYT Christopher B. Montero dan Duta Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dr Sujatmiko dalam majlis mengadap berasingan yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, kelmarin.

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan merakamkan penghargaannya atas persahabatan yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dengan Negara Brunei Darussalam serta berharap kedua-duanya maju jaya dalam tugasan mereka.