Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, telah berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Dayang Kamilah binti Haji Mohd Hanifah dan isteri Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Haji Sulaini bin Haji Said iaitu Hajah Shukrinah binti Haji Ibrahim di Istana Nurul Iman, petang tadi.

    Dayang Kamilah yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di Jabatan Kerjasama Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, menerima surat watikah pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari yang lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda