Berkenan menerima mengadap

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini, berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan secara berasi-ngan di Istana Nurul Iman.

Baginda mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam,

Tuan Yang Terutama Richard Lindsay yang telah menyembahkan surat tauliah pelantikan pada 10 Ogos 2017.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Natalie Gowers-Barnes dan Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Group Captain Graeme Davis.

Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, TYT Peter Hermann Wolff yang menyembahkan surat tauliah pelantikan pada 10 Ogos 2017.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Pesuruh-jaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum yang menyerahkan surat tauliah pelantikan pada 25 Oktober 2016.

Menyertai Puan Yang Terutama ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Chintana Vongsapeuth.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima mengadap salah seorang ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, TYT Richard Lindsay di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap perpisahan bagi TYT Peter Hermann Wolff.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap perpisahan bagi PYT Nicola Rosenblum.