Berkenan menerima mengadap

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap Dr Ceri M. Powell dan Agnete Johnsgaard-Lewis pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada sebelah petang, kelmarin.

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Dr Ceri M. Powell yang akan menamatkan perkhidmatan dan Pengarah Urusan BSP yang baru dilantik, Agnete Johnsgaard-Lewis di Istana Nurul Iman, petang tadi.

(Klik di sini untuk berita lanjut)