Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Penasihat Negara dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Wang Yi yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari.

    Semasa majlis mengadap yang diadakan di Istana Nurul Iman itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT Wang Yi telah berbincang mengenai isu-isu dua hala dan serantau yang berkepentingan bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

    Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada majlis tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, PYT Yu Hong; Naib Menteri Perdagangan, Qian Keming, Penolong Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Wu Jianghao; dan Naib Pengerusi, China International Development Cooperation Agency, Deng Boqing.

    Juga hadir pada majlis mengadap itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Lawatan Tuan Yang Terutama ke negara ini telah mencerminkan hubungan dua hala di antara kedua buah negara yang akrab dan kukuh, serta sokongan penuh Republik Rakyat China kepada Negara Brunei Darussalam sebagai pengerusi ASEAN bagi tahun 2021.

    Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-30 bagi hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China dan hubungan dialog ASEAN-China.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Wang Yi di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan bergambar bersama TYT Wang Yi semasa majlis mengadap yang diadakan di Istana Nurul Iman, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda