Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan menerima mengadap isteri ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam dan isteri-isteri ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik, secara berasingan di Istana Nurul Iman.

    Mula-mula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Dayang Siti Aminah binti Haji Julaihi, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Haji Roslan bin Haji Yacub.

    Kemudian, Baginda berkenaan menerima mengadap Chen Changfeng, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo; Le Thi Hong Ngoan, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu; Siti Rif’ah, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Achmad Ubaedillah; dan Elizabeth Kwan, isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Dayang Siti Aminah binti Haji Julaihi, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Haji Roslan bin Haji Yacub pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima mengadap isteri-isteri ketua perwakilan negara luar yang baharu dilantik pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda