Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik, Pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan Sedunia (WAGGGS), Chempaka Emalin Pahamin dan ahli Lembaga Dunia WAGGGS, Sharrada Segeran di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Hajah Viviyanti binti Haji Ali dan Pesuruhjaya Antarabangsa PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini.

    Kedua-dua wakil WAGGGS berkenaan berada di negara ini bagi menghadiri program antarabangsa PPPBD yang akan berlangsung selama enam hari bermula esok.

    Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Chempaka Emalin Pahamin dan Sharrada Segeran. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan bergambar ramai semasa majlis mengadap berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...