Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berkenan menerima mengadap secara berasingan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Republik Ghana, Puan Yang Terutama Shirley Ayorkor Botchwey dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Dr Vincent Biruta.

    Perbincangan antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kedua-dua menteri berkenaan semasa majlis-majlis mengadap secara berasingan di Istana Nurul Iman tersebut, antara lainnya menumpukan kepada mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Brunei dengan kedua-dua buah negara tersebut.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut bertukar-tukar pandangan bersama menteri-menteri berkenaan mengenai perkembangan terkini dalam Komanwel serta meneroka langkah-langkah untuk memajukan lagi kerjasama melalui wadah ini secara dua hala dan
    serantau.

    Menyertai PYT Shirley Ayorkor Botchwey ialah Penasihat Khas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Ambassador Kwabena Osei-Danquah dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Puan Yang Terutama Florence Buerki Akonor.

    Manakala itu, TYT Dr Vincent Biruta disertai oleh Pegawai Utama di Pejabat Menteri, Juan Haguma dan Chargé d’Affaires Suruhanjaya Tinggi Republik Rwanda di Singapura, Ornella Kayitesi.

    Juga hadir semasa majlis-majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Baginda Sultan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Republik Rwanda.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda