Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pagi tadi berkenan menerima mengadap Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi Pasifik Barat (WHO WPR), Dr Saia Ma’u Piukala.

    Dr Saia Ma’u Piukala telah dilantik secara rasmi menjadi Pengarah Serantau WHO WPR pada 1 Februari 2024 berikutan pencalonan dan pemilihan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pasifik Barat bagi Pasifik Barat ke-74 pada tahun lepas.

    Perbincangan Duli Yang Teramat Mulia dan Dr Saia Ma’u Piukala antara lainnya menumpukan kepada mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama WHO untuk terus memberikan kepimpinan dalam hal kesihatan serantau dan global serta dalam menyediakan sokongan teknikal kepada negara-negara mengikut keperluan mereka.

    Ia termasuk dalam pengukuhan sistem kesihatan dan kapasiti institusi yang membolehkan negara-negara ahli menangani pelbagai isu dan cabaran penyakit-penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit dalam iklim global masa kini.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap Dr Saia Ma’u Piukala, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda