Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat dan isteri, Chang Hwee Nee pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

    Tuan Yang Terutama dan isteri berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-78 Tahun.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan dijunjung bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan isteri. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat di Qashr Al-Meezaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda