BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 17 Ogos 2024.